You have completed 0% of this survey
Caution: JavaScript execution is disabled in your browser or for this website. You may not be able to answer all questions in this survey. Please, verify your browser parameters.

KAJIAN PROFIL KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN BELIA MALAYSIA (BELIA PENGAJIAN TINGGI)

 

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa saudara/ saudari yang berumur 15 hingga 40 tahun untuk mengambil bahagian dalam Kajian Profil Kesihatan Mental Dalam Kalangan Belia Malaysia. Kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada saudara/ saudari berhubung latar belakang dan juga tahap kesedaran, pengetahuan dan simptom dalam kalangan belia di Malaysia berkaitan kesihatan mental khususnya semasa berhadapan dengan pandemik COVID-19.

Kaji selidik ini mengandungi 6 bahagian yang berkaitan dengan diri saudara/saudari berkaitan aspek kesihatan mental dengan anggaran masa menjawab selama 30 minit.

Maklum balas kaji selidik ini adalah penting bagi mendapatkan input yang bermakna untuk membantu IYRES merangka pembentukan polisi/ inisiatif/ intervensi yang bersesuaian dengan keperluan belia dalam menangani isu kesihatan mental.

Pandangan dan maklumbalas saudara/saudari secara sukarela di dalam kajian ini amat dihargai. Saudara/ saudari  boleh menarik diri dari menjawab soal selidik ini atau menamatkannya pada bila-bila masa sahaja. Semua maklumat yang dikongsikan adalah SULIT dan dirahsiakan serta tidak didedahkan dalam laporan kajian atau penerbitan.


MAKLUMAT BERKAITAN KAJIAN     

Berikut merupakan maklumat berkaitan kajian. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh dikemukakan kepada penyelidik.

 

1 ~ TAJUK KAJIAN

Kajian Profil Kesihatan Mental Dalam Kalangan Belia Malaysia.

 

2 ~ PENGENALAN

Kajian ini dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk mengukur tahap kesedaran, pengetahuan, gejala kesihatan mental dan tingkahlaku dalam kalangan belia di Malaysia khususnya semasa berhadapan dengan pandemik COVID-19. 

 

3 ~ APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN?

Penyertaan anda di dalam kajian ini adalah secara sukarela. Jika anda bersetuju untuk menyertai kajian ini, anda dimohon untuk meluangkan masa dalam 30 minit untuk melengkapkan soal selidik ini. Anda boleh memilih untuk tidak menjawab mana-mana soalan yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Anda juga boleh menarik diri pada bila-bila masa tanpa sebarang bentuk akibat atau penalti. Maklumat yang diperolehi adalah berdasarkan borang soal selidik standard yang telah dibentuk oleh penyelidik.

 

4 ~ SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI KAJIAN INI?

Kajian ini hanya melibatkan belia yang berumur 15 hingga 40 tahun sahaja. Sekiranya responden berumur 18 tahun dan ke bawah, perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa/ penjaga terlebih dahulu. Bagi belia Orang Kurang Upaya (OKU), pihak penjaga dibenarkan membantu menjawab soalan bagi mewakili responden tersebut. 

 

5 ~ APAKAH FAEDAH MENYERTAI KAJIAN INI?

 

   a. KEPADA ANDA SEBAGAI PESERTA?

Jika anda memilih untuk menyertai kajian ini, anda berpeluang berkongsi pengalaman anda berkaitan simptom yang dialami serta strategi daya tindak terhadap kesihatan mental sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Maklumat yang diperoleh daripada penyertaan anda diharap dapat membantu memberi input kepada pembentukan polisi/ inisiatif/ intervensi yang berkesan dan bersesuaian dalam menangani isu kesihatan mental yang akan memberi faedah mengikut keperluan belia di Malaysia.

 

    b. KEPADA PENYELIDIK

Sebarang maklumat yang diperoleh daripada soal selidik ini hanya akan digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Maklumat akan menyumbang secara langsung kepada pembentukan polisi/ inisiatif/ intervensi kepada Kerajaan, NGO dan masyarakat umum dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan belia.

 

6 ~ ADAKAH IA BERISIKO?

Kami menjangka bahawa tiada sebarang risiko atau kesulitan apabila menyertai kajian ini.

 

7 ~ ADAKAH MAKLUMAT DAN IDENTITI SAYA KEKAL RAHSIA?

Identiti anda kekal rahsia jika hasil kajian ini diterbitkan. Bagi memastikan kerahsiaan, anda akan diberi ID unik sebagai rekod dalam kajian ini dan tidak akan dikenali dengan nama anda. Namun, jika kami mendapati bahawa anda mungkin bergejala teruk kesihatan mental dan sekiranya anda memerlukan rujukan khidmat psikososial, kami sedia membantu untuk mendapatkan perkhidmatan pihak yang berkaitan.

 

8 ~ SIAPA YANG SAYA PERLU HUBUNGI SEKIRANYA SAYA MEMPUNYAI SOALAN TAMBAHAN SEMASA MENGIKUTI KAJIAN INI?

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kajian ini, kami sedia membantu di talian:

 

PENYELIDIK IYRES:

1. Dr Vellapandian Ponnusamy       (Ketua Projek)           

2. Mastura Mohamad [03-8871 3035 / mastura@iyres.gov.my]

3. Nuurul Mizaan Ya’cob [03-8871 3254/ nuurul@iyres.gov.my]

4. Mohd Rizal Mohd Sham [03-8871 3389/ rizal@iyres.gov.my]

5. Wan Suriani Wan Jamal [03-8871 3284/ suriani@iyres.gov.my]

 

PAKAR RUJUK:

1. Prof. Dr. Haslinda Abdullah, Universiti Putra Malaysia

2. Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin, Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Dr. Chong Sheau Tsuey, Universiti Kebangsaan Malaysia

4. Prof. Madya Dr. Suzaily Wahab, Universiti Kebangsaan Malaysia

5. Prof. Madya Dr. Rosnah Sutan, Universiti Kebangsaan Malaysia

6. Prof. Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin, Universiti Malaya